HaNaFiaN StOry ~

HaNaFiaN StOry ~

Tuesday 31 December 2013

HeLLoooo ~


Assalamualaikum...
Bile baca artikel ni, rse mcm ttusuk qalbu tembuih smpai ke belakang...

"Kita pergi kedai minum air & makan nasi, bila dah habis, enggan nak bayar... confirm 100% kita kena marah dgn tuan kedai"

Begitulah juga kita dengan ALLAH...
"Kita sebagai manusia yg dduk di bumi ALLAH, dpt melihat, dpt mendengar, dpt b'bicara,.. semuanye FREE OF CHARGED, tiba2 tak nak buat apa yg ALLAH perintah"

*so, adil ke tak adil kite dgn ALLAH??

Saturday 14 December 2013

1st Time Wohhhh ~

14.12.2013 (sabtu) merupakan hari bersejarah dalam hidup aku.. wahhhhhhh ~
1st time derma darah...hee ~ ...N.I.CE !!!
Then, terbaca plak psal artikel ni. . .
 
Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”
*so guys, derma2 la drah tuh ye... :D



Wednesday 11 December 2013

SeMuTTTT ~

 
Kalau nampak semut banyak2 dalam
rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita
junjungan rasullullah dulu kita ucaplah ..
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah
makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika...
kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup
kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan
dengan rumahku agar kamu selamat"..
 
 
 
 
 
Jika kita tak suka
semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/ bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman a.s..
sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. Semut2
ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-
Quran ^^
*Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan
segala sunnahnya... (>o<)

Monday 9 December 2013

Ehemmmmm ~

 
 
:: Nilai Sebenar Seorang Isteri ::

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”...

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.

Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita di atas. Sayangilah isteri atau isteri2 anda..hee ~
 
 

Thursday 5 December 2013

WaLaWeyhhhh . . .

 
 
Perubahan musim dunia sedang berlaku sekarang ni.. negara arab dah mula dituruni salji, yg terbaru di negeri di yaman. Negara yang kering kontang. Saudi turun hujan yang sangat lebat sehingga menyebabkan banjir yang besar.. kata Sheikh Abd Majid, penduduk di Eropah dah mula menjual tanah2 dan rumah2 mereka dan menjangkakan penjajahan yang dibuat di negara arab adalah bertujuan untuk mencari tempat ganti bagi negara mereka.. Dan sekarang ni, Eropah dilanda dengan banjir salji yang sangat teruk..

Dan kata Sheikh Abd Majid juga, ni adalah permulaan kebangkitan khilafah islamiah yang sangat hampir kepada kita seperti mana janji Rasulullah SAW.. Rupa2nya negara Eropah akan dihancurkan oleh Allah, bukan dengan cara peperangan.. Dalam hadis juga, menyebut setiap 100 tahun akan keluarnya mujaddid ummah, dan tinggal 10 tahun lagi akan keluarnya mujaddid bagi zaman kita ni. Adakah Imam Mahdi Al muntazor??? Kita sekarang ni berada di penghujung zaman dah.
...
Sheikh Abd Majid kata, aku berharap aku sempat dengan zaman kebangkitan khilafah islamiah dan sekiranya aku tidak sempat, kirimkan salam aku kepada mereka.. Kehebatan dirinya semakin terserlah apabila berjaya mengaharumi nama islam dalam dunia ilmu dengan pertemuan sainstifik berdasarkan firman ALLAH dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. IJAZ ILMI satu kaedah yang digunakan sebagai dakwah pada masa kini yakni memiliki kemampuan yang mampu menarik minat mereka kepada islam dan mampu menguatkan iman mereka.

Beliau adalah Sheikh Majid Al Zindani (Ketua Majlis Syura' Hizbul Islah, Yamen ) yang juga Ketua Jamiah Al Iman di Yamen. Sheikh Abd Majid pengasas University Al-Iman yaman. Dn diiktiraf sbg tokoh sainstis dgn hasil kajian beliau berdasarkn Al-Quran dan Hadis. Beliau juga skrg ni aktif mencipta penawar penyakit2 kronik dn telh berjaya mncipta penawar Aids.

Dalam kajian Sheikh Abd Majid, negara barat akan ditenggelami dengan salji berpuluh2 meter.. disebabkan pencairan ais di kutub utara dan mengalir ke negara yang paling dekat iaitu negara2 Eropah. Negara arab juga akan akan menghadapi perubahan musim disebabkan perubahan musim dunia yg besar besaran.. air2 laut dan sungai di Eropah akan melimpahi ke negara negara arab disebabkan limpahan ais dari kutub utara. Waktu itu, negara arab yang dikenali sebagai padang pasir, akan kembali basah seperti mana janji Rasulullah S.A.W, bahawa negara arab akan menjadi negara yg dipenuhi dengan kebun2 dan sungai2. Selepas itu, akan keluarnya Imam Mahdi Al Muntazor...